Followers

Friday, June 22, 2012

Sedih , menangis , merintih takde guna nya lagi. Takkan ada sebarang perubahan pon. Just biarkan ia berlalu pergi. Kepercayaan yang diberikan disia siakan begitu sahaja. Menyedari duduk bangun diri ini. Hanya lah sebuah persinggahan . Di ibaratkan seperti burung yang patah sayapnya, tidak mampu untuk terbang lagi. Dijaga dan dirawat hinggalah sembuh lukanya. Dan, apabila sembuh ia akan terbang bebas semula.

Kebenaran terbongkar jua , aku bukan lah sebodoh bodoh manusia yang engkau gambarkan. Perkara yang sangat mudah untuk dikesan. Namun kali ini, aku tekad !

Awak , awak terlalu baik . Sampaikan saya menangis mendengarkan kata kata awak . Terima kasih yang tak terhingga saya ucapkan. Saya doakan kebahagian kamu . Moga awak sentiasa diredhai disisi Allah . Dan kini saya pasti apa yang harus saya lakukan.

Jangan lari dari masalah, kerna masalah membuatkan kita berfikir untuk menyelesaikannya. Hadapi ia dengan tabah dan sabar dan pastinya akan ada jalan keluar bagi setiapnya. Aku akan cuba sedaya upaya yang bisa.

Ya Allah, setiap kali aku khilaf kau tentu memberikan peringatan cuma aku sahaja yang tidak mengendahkannya. Maafku pinta dalam setiap doaku dan  aku berharap ini terakhir kalinya aku khilaf.

Seperti yang dijangkakan perkara ini pasti berlaku, tidak tahu apa yang harus aku lakukan lagi. Aku buntu Ya Allah. Fikiran aku kosong. Baik dia mahupun aku tidak mahu mengalah. Menjadikan masalah lebih rumit.

Akihrnya, tiada kata putus dari mana mana pihak. 

DIARY ON9 KUH!

0 budak comel cakap cakap:

Post a Comment

komen kat sini ~~